Secara naluri, kita sebenar lebih menghargai apa yang kita tidak miliki. Silapnya, kita memupuk naluri itu supaya menghargai apa yang tidak ada pada kita tetapi dimiliki oleh orang lain. Kekayaan, kekuasaan, kehebatan, kecantikan, dan apa sahaja kelebihan yang diperlukan tetapi tidak kita miliki. Didikan naluri sedemikianlah yang menyebabkan "aset" yang kita miliki pada ketika ini terselubung harganya. Oleh sebab itu apabila seseorang terputus jaring telunjuknya, baharulah dia sedar betapa berharganya jari itu, setidak-tidaknya untuk mengorek hidungnya!
Oleh kerana itulah, kita hanya benar-benar menghargai "aset" yang kita miliki setelah aset berkenaan tidak ada pada kita. Nah, pada ketika itulah kita akan terasa kehilangan nikmat memilikinya. Malangnya manusia itu demikianlah kecenderungannya, "sudah terhantuk baru terngadah".
Hargailah keluarga, isteri dan anak-anak; semua yang kita miliki, dari yang sekecil-kecil sehinggalah sebesar kurnia Allah s.w.t. - Dan pastinya keimanan kita merupakan aset kurniaan Allah s.w.t. yang tiada tolok bandingnya.
Apakah kita menghargainya? Benar-benar menghargainya?
No comments:
Post a Comment