Friday, August 06, 2004

What is the root of our problems? Metaphysical Crisis?

"The root of our modern problem with time is neither technological, sociological, economic nor psychological. It is metaphysical. It is a question of the meaning of human life itself." - Jacob Needleman in "Time and the Soul"

Walaupun failasuf Jacob Needleman membataskan perbincangannya hanya kepada masalah manusia dengan masa, tetapi punca permasalahan yang dikemukakannya itu akan dapat menjawab permasalahan manusia yang lain. Persoalan "metafizikal" seperti "siapa saya? dan "ke mana tujuan hidupku? jika dapat dijawab dengan tepat tentu sahaja dapat mendamaikan jiwa manusia yang risau dan gelisah. Sebaliknya Persoalan "fizikal" - kebendaan walaupun dapat memudahkan aktiviti dan menjimatkan masa, ia akan terus meningkatkan kerisauan dan kegelisahan manusia. Kenapa? kerana puncanya bukan berada di "luar" sana tetapi di sini - "dalam" diri manusia. Oleh itu jawapannya juga bukan berada di luar sana tetapi di dalam diri kita.

Ironinya, persoalan sebenar kepada "persoalan" yang dibincangkan di atas ialah bukan kita tidak tahu bahawa itu punca permasalahannya. Malahan kita juga mengaku, jawapan yang diberikan oleh para cerdik pandai dan agamawan dapat membantu mengatasi kerisauan dan kegelisahan kita yang tak kunjung reda. Sebaliknya, kita mudah sahaja tertarik dan terus terperangkap dengan urusan kebendaan, berserta harapan semuanya akan beres.

Kenapakah itu berlaku? Apakah kerana manusia (melayu?) mudah lupa? atau kerana kita juga mengutip "jawapan-jawapan" para cerdik pandai dan agamawan yang berada di "luar' sana, yang akhirnya jawapan itu menjadi "superficial" kerana ia tidak dicetus dari dalam diri kita sendiri?

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Betul lah ba dan bagus komentar cikgu tu. Saya pun setuju juga.

Tapi saya pun tak pasti sama ada melayu mudah lupa atau tidak, sebab tidak ada kajian yang dibuat tentangnya. Yang ada hanya sajak basi yang menjijikkan.

Soal dari "luar", memang lah betul mana mungkin kita akan mendapat jawapan jika sumbernya tidak dari luar.
Yang kemudiannya akan masuk ke dalam dan yang di dalam itu yang buat keputusan.

Kita pula tidak mungkin berjaya menghalang kemasukan sumber dari luar kerana salah satu sebabnya ialah kita pun berada di luar.

Soalnya lagi tidak lah menjadi sebab kepada jawapan "superficial" jika puncanya hanyalah sumber dari luar.

Wassalam
aizat13@yahoo.com